• Najib Tanya Rakyat Sudah Sedia Untuk PRU14?

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+


    PORT DICKSON – Dalam siri lawatan ke Negeri Sembilan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula bertanyakan samada rakyat sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) tidak lama lagi.

    Najib dalam Majlis Bersama Rakyat Teluk Kemang berkata, adakah pengundi di kawasan ini sedia untuk melakukan perubahan dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 demi masa depan yang lebih cerah.

    “Saya lihat hari ini suasana di Teluk Kemang ini alhamdulillah. Adalah rakyat Teluk Kemang sudah bersedia. Sedia untuk apa?

    “Kalau bersedia perang, gendang perang akan dipalu bila-bila masa sahaja. Adakah Teluk kemang sedia untuk perubahan. Apakah tapak ini ampuh untuk BN?,” tanya Najib di hadapan lebih 10,000 rakyat yang hadir di perkarangan Kompleks Pejabat Daerah Port Dickson.

    Dalam pada itu, Najib berkata, BN Negeri Sembilan menyasarkan kerusi Parlimen Teluk Kemang dan dua lagi kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

    “Masa perubahan untuk Parlimen Teluk Kemang ini sudah sampai. Bukan sahaja di sini, malah tiga DUN lagi. Daripada lima, kita sudah ada dua DUN, kita mahu tiga lagi.

    “Dan daripada 22 DUN, kita mahu 24 DUN keatas pada PRU-14, mudah-mudahan kita dapat nanti,” katanya lagi.

    Najib selepas itu mempengerusikan mesyuarat BN Teluk Kemang dan mengakhiri lawatan sehari ke Negeri Sembilan dengan mengadakan lawatan dan merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bertam di Bandar Baru Sendayan.

    Parlimen Teluk Kemang adalah di bawah calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

    Kamarul menewaskan Datuk V.S. Mogan dari MIC pada pilihan raya lalu dengan majoriti 1,579 undi. – MalaysiaGazette.

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Tanya Rakyat Sudah Sedia Untuk PRU14? "