• Najib Buat Keputusan Sukar Demi Kebaikan Rakyat

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Sebagai Perdana Menteri, bukan mudah untuk membuat keputusan yang akan memuaskan hati semua pihak meskipun perkara itu semata-mata untuk kebaikan rakyat namun tetap ada pihak yang tidak bersetuju.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak memegang tampok kepimpinan Malaysia, berbagai keputusan sukar perlu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat negara ini.

    "Saya terpaksa membuat keputusan yang tidak popular tetapi ia mempunyai kesan yang baik untuk rakyat.

    "Seperti sukarnya membuat keputusan memansuhkan subsidi pukal seperti minyak yang sebelum ini hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya.

    "Tetapi bila dimansuhkan, subsidi bersasar lebih memberi keuntungan kepada rakyat berpendapatan rendah sebagaimana agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia," katanya di sesi perkongsian #Bajet2018 di UKM semalam.

    Menurut Najib lagi, ketika hendak melaksanakan GST, ia merupakan keputusan sukar tetapi perlu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat dan kewangan negara.

    "Sejak GST dilaksanakan, banyak kebaikan dan faedah untuk rakyat kecapi.

    "GST dikutip dan hasilnya memang jelas dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk apa jua pembangunan infra rakyat," ujarnya.

    Tambahnya lagi, terdapat keputusan yang memang begitu sukar untuk dibuat sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

    "Misalnya tragedi pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukrhaine.

    "Saya perlu bertindak pantas apabila keluarga mangsa ingin jenazah MH17 dibawa balik ke Malaysia dan mendapat kotak hitam.

    "Saya menghubungi pemimpin negara luar supaya saya dapat menghubungi Ketua Pemisah kawasan MH17 ditembak jatuh," jelasnya.

    Jelasnya, beliau menghubungi lansung ketua pemisah dan berbincang mengenai kehendak Malaysia yang mahukan kotak hitam dan mayat mangsa kapal terbang.

    "Ketua pemisah membenarkan Malaysia mengambil mayat dan kotak hitam tetapi dengan syarat hanya Malaysia yang boleh masuk tanpa pembabitan negara lain.

    "Akhirnya kita berjaya membawa kesemua mayat dan kotak hitam ke Malaysia tanpa menghadapi masalah.

    "Inilah antara keputusan yang begitu sukar tetapi demi rakyat Malaysia, saya bersedia lakukannya walaupun mengetahui risiko terlalu tinggi. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Buat Keputusan Sukar Demi Kebaikan Rakyat "