• Naelofar Hijab Mohon Maaf

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi majlis sambutan hari jadi ke-29 aktres dan pengacara popular, Neelofa serta pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk di sini, Isnin lalu.

    Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

    "Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

    "Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

    "Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan," katanya dalam kenyataan yang diterima BH Online, sebentar tadi. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Naelofar Hijab Mohon Maaf "