• Mungkin Ada Pertambahan Jawatan Naib Presiden PBB

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula 8 hingga 11 Februari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) akan membuka lembaran baharu kepada arena politik Sarawak.

    Bukan sekadar perhimpunan, namun kali ini adalah kali pertama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memegang tampuk kepimpinan PBB.

    Perhimpunan kali ini juga menceritakan sesuatu yang menarik dengan pertandingan jawatan naib presiden membabitkan tujuh calon.

    Pertandingan merebut jawatan tersebut amat menarik kerana membabitkan pemimpin baharu dan veteran.

    Antara calon baharu yang bertanding membabitkan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Annuar Rapaee, Dr Abdul Rahman Ismail dan Datu Len Talif Salleh.

    Penyandang yang turut bertanding adalah Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Talip Zulpilip.

    Menurut sumber, kesemua calon dilihat mempunyai kewibawaan dan kelebihan masing-masing untuk merebut empat slot jawatan naib presiden.

    "Agak sukar meramal calon mana yang akan mengisi empat slot," katanya.

    Tambahnya, dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, terdapat kemungkinan pertambahan slot untuk jawatan tersebut.

    "Mungkin semua calon akan diserap menjadi naib presiden atau mungkin ada satu atau dua pertambahan.

    "Kita lihat nanti semasa perhimpunan," ujarnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Mungkin Ada Pertambahan Jawatan Naib Presiden PBB "