• Mualaf Jual Set Nasi 86 Sen

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+

    JAKARTA - “Kata orang perniagaan saya merugikan. Bagi saya ia menguntungkan tetapi keuntungannya adalah di akhirat kelak.”

    Warung Podjok Halal milik Yusuf Hamka yang terletak di Jalan Yos Sudarso Kav. 28 Jakarta Utara, ini sering menjadi bualan penduduk tempatan.

    Ia kerana kemurahan hati peniaganya mengenakan harga sangat murah iaitu 3,000 rupiah (RM0.86 sen) untuk setiap satu hidangan nasi kuning.

    Di warung ini, pelanggan boleh menikmati hidangan lengkap nasi beserta lauk dan sayur pada harga tidak sampai RM1.

    Sekiranya ada pelanggan yang tidak mampu membayar harga nasi tersebut, Yusuf akan menyedekahkannya kepada pelanggan berkenaan.

    Menurut Yusuf seorang mualaf sejak 1981, perniagaannya diinspirasikan daripada ilmu agama dipelajari di mana agama Islam mengajar supaya umatnya membanyakkan bersedekah.

    “Saya berusia 60 tahun. Saya ingin menambah amalan dan pahala dengan sedekah. “Saya ingin beri makan kepada orang susah setiap hari. Jika umur saya panjang dan diberikan kesihatan yang baik, saya akan terus membuka warung ini,” katanya.

    Yusuf turut mempunyai impian untuk membuka cawangan warungnya di seluruh negara satu hari nanti. - Detik/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Mualaf Jual Set Nasi 86 Sen "