• Model Pakaian Dalam Pancing Undi?

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+


    MOSCOW - RUSIA . Penyokong Pilihan Raya Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan gambar model perempuan memakai pakaian dalam sebagai taktik pelik untuk memancing undi.

    Ketua Editor majalah Maxim, Alexander Malenkov memberitahu promosi luar biasa itu adalah sebahagian daripada projek perniagaan khas untuk klien tidak dikenali dengan jumlah imbuhan yang tidak didedahkan.

    Beliau mengakui, taktik itu agak tidak masuk akal, namun perlu dibuat kerana 'persetujuan' telah dicapai.

    Walaupun tiada calon disebutkan namanya, kempen pilihan raya tersebut digerakkan dengan kempen strategi Kremlin untuk memaksimumkan bilangan pengundi di bawah teori yang kononnya dapat membantu Putin ketika pusingan pertama, senario yang memerlukan beliau memperoleh lebih 50 peratus undi.

    Media sosial pro-Putin menunjukkan dua model seksi mengenakan pakaian di pusat pengundian yang secara jelas bertujuan untuk memancing undi golongan lelaki muda di negara itu.

    Gambar tersebut turut disertakan kapsyen 'Selamat datang ke dunia orang dewasa. Pada permulaan, ia agak menakutkan, namun anda pasti mahu menikmatinya sekali lagi. Adakah anda sudah mencapai usia 18 tahun? Apa yang 'berlaku' di pusat mengundi akan kekal di sini'.

    Pelekat 18+ digelar 'Gadis Pilihan Raya' juga dihantar kepada mereka yang menyertai kumpulan dalam talian tersebut selain slogan 'Menanti anda di tempat mengundi' dan 'Saya mahu undi anda' memaparkan wanita dalam keadaan berbogel di atas katil serta 'Bantu saya batalkan kertas undi saya' menunjukkan seorang wanita seperti sedang membuka kancing coli yang dipakainya.

    Putin bagaimanapun memilih tidak terlibat dalam sebarang kempen walaupun beliau disebut sebagai calon pilihan untuk mengekalkan jawatannya.

    Siri debat di stesen TV tempatan yang bermula Isnin lalu juga tidak disertai pemimpin itu.

    Pemimpin pembangkang, Alexei Navally yang merupakan pengkritik lantang Putin telah dilarang menyertai Pilihan Raya Presiden Rusia 2018 dijadualkan berlangsung pada 18 Mac depan.

    Sebelum ini, Navally turut meminta penyokongnya memboikot pemilihan tersebut. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Model Pakaian Dalam Pancing Undi? "