• Mitsubishi Lancer Tanpa Tuan Ditemui Di Serikin

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Lancer ditinggalkan tanpa tuan ditemui pasukan dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) ketika membuat rondaan di sekitar Serikin malam tadi.

    Jurucakap 11 RAMD berkata, kira-kira jam 9.20 malam tadi pasukannya yang membuat rondaan di tapak semaian benih sawit, Jagoi Estate telah menjumpai sebuah kereta berwarna merah jenis Mitsubishi Lancer Evo 3 dalam keadaan yang mencurigakan pada jarak 1 kilometer dari sempadan Malaysia-Indonesia.

    Katanya, kenderaan peronda telah bertindak menyekat kereta terbabit di tengah jalan namun pemandu kereta tersebut sempat melarikan diri.

    Pemeriksaan terhadap kereta tersebut mendapati tiada sebarang dokumen yang ditinggalkan.

    Beliau berkata, pihak polis telah mengesahkan nombor pendaftaran pada kereta berkenaa adalah hak milik kenderaan lain.

    “Kereta yang berharga lebih kurang RM 25,000.00 itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Mitsubishi Lancer Tanpa Tuan Ditemui Di Serikin "