• Misi Pendedahan Tinggalan Arkeologi Arab Saudi

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    RIYADH – Pasukan arkeologi Arab Saudi sedang mencari tinggalan purba dan sejarah di negara itu sebagai sebahagian daripada projek penerokaan kepelbagaian sejarah budaya dan tamadun di Semenanjung Arab, kata Pengerusi Suruhanjaya Pelacongan dan Warisan Nasional, Putera Sultan bin Salman.

    Sebanyak 31 misi dilakukan menyaksikan ahli-ahli arkelogi tempatan dan asing giat mencari peninggalan sejarah.

    Setiap kali misi dilakukan lebih banyak penemuan ditemui di Arab Saudi dan ia mendapat tumpuan dunia.

    Penemuan tebaharu ialah ukiran unta pada batu di bandar al-Jouf.

    Pengarah Lembaga Pelancongan dan Warisan Nasional untuk wilayah Al-Jouf, Dr. Jahz Al-Shammari berkata, penemuan itu membuka lebih banyak penyelidikan tentang unta dan sejarah haiwan tersebut di Semenanjung Arab.

    Para penyelidik menjangkakan ukiran unta itu dilakukan antara tahun 100 Sebelum Masihi hingga 100 Masihi, berdasarkan stail seni yang sama dengan budaya yang berkembang pada era tersebut. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Misi Pendedahan Tinggalan Arkeologi Arab Saudi "