• Misi Cari Pesawat Iran Diteruskan

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+
    London: Bangkai kapal terbang Iran yang terhempas dengan 65 penumpang di dalamnya dilaporkan ditemui di tengah Iran, menurut media negara, semalam, namun pihak berkuasa penerbangan belum mengesahkan laporan itu.

    Pesawat Aseman Airlines yang berlepas dari Tehran hilang dari skrin radar pada Ahad, kira-kira 50 minit perjalanan ke barat daya bandar Yasuj. Ia dipercayai terhempas di kawasan pergunungan berhampiran bandar Semirom.

    Tiada mangsa diramalkan selamat dalam tragedi itu.

    Timbalan gabenor Kohgiluyeh dan wilayah Boyer-Ahmad dipetik media negara sebagai berkata, bangkai pesawat malang itu ditemui berhampiran bandar Dengezlu, di daerah Semirom di wilayah Isfahan.

    Beberapa minit kemudian, Pertubuhan Penerbangan Awam Iran melalui satu kenyataan memaklumkan tidak dapat mengesahkan penemuan bangkai pesawat berkenaan.

    "Kami berhadapan masalah besar. Kami tidak tahu apa-apa mengenai kemalangan itu," Menteri Pengangkutan dan Pembangunan Bandar, Abbas Akhoundi dipetik agensi berita Tasnim sebagai berkata sejurus beliau tiba di Semirom. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Misi Cari Pesawat Iran Diteruskan "