• Menyesal Tidak Memakai Selipar, Kaki Diserang Cacing

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    GARA-gara tidak memakai selipar ketika berada di pantai, sepasang kekasih berdepan dengan jangkitan teruk.

    Katie Stephens,22 dan Eddie Zytner,25, dari Kanada mengalami gatal, bengkak di kakinya selepas pulang bercuti dari Punta Cana, Republik Dominika.

    Mereka berdua terpaksa menerima rawatan hospital dan doktor mennjelaskan ianya berpunca daripada parasit lebih kurang satu sentimeter yang memasuki kakinya.

    Kebiasaannya parasit yang tinggal di pasir itu hanya menyerang anjing dan kucing sahaja.

    Menurut laporan cacing kerawit akan memasuki ke dalam skin kulit yang tidak dilindungi.

    Selepas kejadian, Eddie memberi amaran supaya memakai perlindungan kaki ketika berada di pantai.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Menyesal Tidak Memakai Selipar, Kaki Diserang Cacing "