• Melalui ADAM50 Kerajaan BN Rancang Tabungan Masa Depan Anak

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    Antara pelbagai program menarik dilancarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Amanah Dana Anak Malaysia 50 (ADAM50), ianya merupakan perancangan kerajaan untuk membuat tabungan awal bagi setiap anak warganegara Malaysia yang lahir bermula 2018 tanpa memilih kaum dan agama.

    Dana tabungan sebanyak RM200 diperuntukkan bagi setiap bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

    Mungkin ada yang beranggapan ia sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, namun Malaysia memiliki kepimpinan yang begitu prihatin terhadap rakyat dan memandang kebajikan rakyat sebagai satu keutamaan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beserta kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) sering berfikir dan merancang perjalanan kehidupan rakyat di masa hadapan.

    Dari segi kos sara hidup dan bagaimana cara menangani, semuanya dirancang dan dilaksana sebaik mungkin tanpa menjejas kualiti kehidupan rakyat negara ini.

    Malah ramai yang tidak terfikir kerajaan BN akan membantu rakyat dari awal usia satu hari selepas dilahirkan. Ya, kalau asyik dimomok dengan dakyah negatif sudah pasti tidak terfikir hal sedemikian boleh berlaku.

    Realitinya, ia bukan perkara yang retorik kerana kewujudan ADAM50 membuktikan Najib dan BN melihat penabungan awal anak merupakan tindakan holistik bagi menjamin pendidikan dan kewangan anak Malaysia pada masa hadapan.

    Terbukti kerajaan BN lebih konsisten menjaga kebajikan rakyat agar kehidupan rakyat sentiasa terjaga serta mengurangkan bebanan kehidupan.

    Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) yang tiada perancangan masa depan untuk rakyat malah membebankan rakyat dengan mengajak orang ramai menderma untuk kepentingan agenda politik mereka. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Melalui ADAM50 Kerajaan BN Rancang Tabungan Masa Depan Anak "