• Mayat Warga Emas Hilang Di Sungai Ulu Rimbas Ditemui

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dilaporkan hilang tiga hari lalu berakhir selepas mayat mangsa ditemui terapung di permukaan sungai hari ini.

    Mangsa yang dikenali sebagai Ampi Gani, 69 dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas mandi di sungai di belakang rumahnya Isnin lalu.


    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang berasal dari Rumah Panjang (RH) Ulu Sungai Rimbas Baru ditemui pasukan SAR pada jarak tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

    Menurutnya, pada Isnin lalu mangsa dilaporkan mandi di belakang rumah panjang tersebut sekitar jam 7.20 malam.

    “Operasi mencari mangsa yang dilancarkan bermula pagi semalam dan hasil SAR hanya menemui tuala dan sabun mandi milik mangsa di kawasan hilir sungai.” katanya.

    Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Mayat Warga Emas Hilang Di Sungai Ulu Rimbas Ditemui "