• Mayat Pelajar Sekolah Menengah Ditemukan Hanyut Di Batang Igan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    SIBU - Mayat seorang pelajar lelaki yang dilaporkan lari dari rumah beberapa hari lalu ditemukan hanyut di kawasan Batang Igan dekat Kampung Bungan Kecil, Dalat hari ini.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan mayat tersebut pada pukul 10.40 pagi tadi.

    "Mayat itu telah diikat orang awam berdekatan bekas kilang rumbia.

    "Berdasarkan pakaian dengan nama Nelson Wong Yeon Hon dan seluar seragam hijau yang digunakan dipercayai seorang pelajar sekolah menengah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Tambahnya, pihaknya telah meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 bagi membantu mengambil mayat untuk di bawa ke Hospital Sibu.

    "Pihak keluarga dan sekolah telah dimaklumkan. Keluarga juga telah diminta ke hospital bagi pengecaman mayat," jelasnya. - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Mayat Pelajar Sekolah Menengah Ditemukan Hanyut Di Batang Igan "