• Maut Kulit Kepala Tercabut

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Sambutan Hari Valentine bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas rambutnya tersangkut pada tayar belakang kereta go-kart hingga tercabut kulit kepalanya di Yadavindra Gardens, Pinjore, semalam.

    Wanita terbabit, Puneet Kaur, 28, yang dikejarkan ke hospital oleh suaminya, Amardeep Singh, 30, disahkan meninggal dunia selepas itu.

    Mangsa pada mulanya dikatakan sudah mengikat rambutnya ketika memandu sebelum memakai topi keledar namun getah rambutnya tiba-tiba tertanggal sebelum ditimpa kejadian berkenaan.

    “Saya menaiki go-kart bersama isteri tetapi tiba-tiba getah rambutnya tertanggal sebelum mendengarnya menjerit dengan kuat.

    “Go-kart dihentikan serta merta dan saya lihat kulit kepalanya tercabut,” kata Amardeep.

    Kejadian ngeri itu turut disaksikan anak mereka berusia satu tahun termasuk ibu bapa Amardeep.

    Wanita itu dikejarkan ke hospital kerajaan di Panchkula dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang.

    Sementara itu, polis Pinjore, Inspektor Sukhbir Singh berkata pihaknya sudah mengarahkan pengurusan menghentikan sementara operasi go-kart terbabit.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Kulit Kepala Tercabut "