• Mati Ditikam Anak Saudara

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+
    KOTA KINABALU: Seorang lelaki mati dipercayai ditikam oleh anak saudaranya di Kampung Sembulan Lama, di sini, petang tadi.

    Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Abdul Razi Bahadum, 56, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan.

    Suspek berusia 30-an ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

    Isteri mangsa, Salina Abdul, 58, berkata sebelum kejadian itu, dia bersama suaminya serta anak dan cucu berada di rumah.

    "Selepas solat Asar, suami keluar untuk melihat botnya berdekatan rumah. Tidak lama selepas itu, ahli keluarga datang ke rumah dan beritahu suami ditikam," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), malam ini.

    Sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Mati Ditikam Anak Saudara "