• Masyarakat Cina Penyumbang Utama Ekonomi Sarawak - Abang Jo

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengakui peranan masyarakat Cina sangat penting sebagai penyumbang utama dalam ekonomi Sarawak.

    Memetik laporan The Borneo Post, Abang Johari berkata komuniti peniaga Cina sentiasa menjadi penyumbang utama dalam perdagangan dan industri Sarawak dan beliau percaya mereka akan terus menyokong usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

    "Kerajaan bersedia untuk mendengar keperluan komuniti peniaga di sini dan akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kemudahan bagi mereka menjalankan perniagaan di Sarawak," katanya.

    Selain itu, Abang Johari berkata beliau memutuskan untuk mengambil pendekatan yang berbeza dalam membina ekonomi negeri.

    "Saya memutuskan untuk mengambil pendekatan yang berbeza bukan kerana saya mahu menjadi berbeza tetapi memutuskan untuk melaksanakan dasar bagi mengukuhkan ekonomi negeri kerana saya percaya kita perlu mengubah dasar ekonomi ke arah yang lebih kukuh.

    "Oleh sebab itu, Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif ekonomi untuk memperkasakan ekonomi negeri dengan tujuan untuk menjadikan negeri ini ekonomi digital dalam tempoh dua dekad akan datang," ujarnya - Sarawakiana
  • No Comment to " Masyarakat Cina Penyumbang Utama Ekonomi Sarawak - Abang Jo "