• Masing Sahkan Seorang Calon Wanita PRS Bertanding PRU14

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+


    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing menegaskan parti tersebut bakal meletakkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita untuk bertanding antara parlimen Lubok Antu dan Selangau pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Masing bagaiamanapun enggan mendedahkan nama calon wanita yang bakal ditampilkan.

    Namun terdapat sumber memberitahu nama Ketua Wanita PRS Dato Sri Doris Sophia Brodie disebut-sebut sebagai calon yang akan bertanding.

    "Sudah tiba masanya PRS menghentikan parti berpaksikan lelaki sahaja, tetapi membuka ruang kepada kaum wanita yang merupakan pengundi tertinggi kepada PRS," katanya.

    Masing berkata ia bergantung kepada keputusan akhir Perdana Menteri dan Ketua Menteri sebagai pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) sama ada bersetuju dengan calon yang dikemukakan.

    "Saya melakukan yang terbaik untuk mencalonkan wanita PRS. Namun, anda (wanita) harus berjanji kepada saya untuk memberikan sokongan kuat kepada calon kita baik lelaki atau wanita dengan berkempen,” tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masing Sahkan Seorang Calon Wanita PRS Bertanding PRU14 "