• Masih Ada Tempat Buat Talip, Len & Dr Rahman Dalam PBB

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    Masih ada ruang buat tiga calon yang tewas bagi jawatan naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Bumiputera untuk menabur bakti kepada parti tersebut.

    Berkemungkinan besar ketiga-tiga mereka akan dilantik bagi jawatan tertentu suapaya dapat terus menyumbang kepada parti dan negeri.

    Menurut sumber yang rapat dengan parti tersebut, PBB akan mengumumkan perlantikan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang yang dijadualkan sebelum Tahun Baru Cina dan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    "Jika mengambil kira tradisi parti, mereka yang kalah akan dilantik bagi jawatan tertentu dalam parti. Setakat ini masih banyak jawatan penting masih belum diisi seperti bendahari, timbalan setiausaha agung, ketua penerangan dan banyak lagi," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Mereka yang tewas bagi perebutan jawatan tersebut merangkumi Datuk Talip Zulpilip, Datu Len Talif Salleh dan Dr Abdul Rahman Ismail.

    Bagi penganalisis politik, Profesor Dr Jeniri Amir berkata, apa yang berlaku bukan hanya melibatkan kemenangan dan kekalahan.

    "Walaupun tiga yang kalah mempunyai jawatan dalam kabinet negeri, mereka masih kekal sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing," ujarnya.-Sarawakiana


    .

    Subjects:

  • No Comment to " Masih Ada Tempat Buat Talip, Len & Dr Rahman Dalam PBB "