• Masih Ada Sinar Penyatuan UPP - SUPP

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak pasti mempunyai formula tersendiri untuk menjayakan pelan kerjasama antara Parti Rakyat Sarawak (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), demikian kata Timbalan Presiden UPP Datuk Dr Jerip Susil.

    Menurut beliau, UPP akan menunggu arahan selanjutnya daripada Ketua Menteri untuk bekerjasama dengan SUPP menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    "Kami perlu menunggu arahan seterusnya daripada beliau.

    "Apa pun yang disebut oleh oleh Abang Johari, UPP perlu akur dengan arahannya (dalam konteks ini) dan parti akan berjumpa dan berbincang dengannya," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau yang juga Menteri Muda Pengangkutan menambah, apa yang ada dalam fikiran UPP bergantung kepada apa yang dalam fikiran Ketua Menteri dan parti perlu sangat reaktif dan responsif. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masih Ada Sinar Penyatuan UPP - SUPP "