• Masalah Makanan, Minuman Tidak Berlaku Di Pusat Pemindahan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri akan memastikan bantuan makanan dan minuman akan dibekalkan dengan sebaik mungkin kepada mangsa banjir.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan mangsa banjir.

    "Kita akan pastikan bantuan makanan, minuman diberi sebaik mungkin kepada mangsa.

    "Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut menempatkan doktor untuk memeriksa serta memastikan kesihatan mangsa terjaga," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, kerajaan negeri mempunyai kemudahan dan pengurusan lengkap dalam menghadapi bencana banjir yang berlaku di Sarawak.

    "Saban tahun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana yang mendatang.

    "Ini semua hasil kerjasama kukuh antara semua agensi yang terlibat dalam jawatankuasa ini bagi membantu meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah ini," ujarnya.

    Sebelum itu, Uggah ditemani Menteri Muda Utiliti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal yang menempatkan 130 mangsa daripada 21 keluarga dari Kampung Buntal Lot.-Sarawakiana
  • No Comment to " Masalah Makanan, Minuman Tidak Berlaku Di Pusat Pemindahan "