• Mangsa Ketujuh Rabies Meninggal Dunia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Mangsa ketujuh jangkitan rabies, iaitu Lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang disahkan meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan mangsa dijangkiti virus selepas ujian makmal pada 26 Januari lalu menunjukkan keputusan positif.

    Mangsa dikatakan telah digigit anjing pada 27 November lalu sebelum mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari yang sama.

    Dalam kenyataan tersebut, katanya, pada 25 Januari mangsa dimasukkan ke HUS selepas menunjukkan tanda penyakit rabies seperti bertindak agresif, berhalusinasi, serta takut kepada air.

    Namun mangsa dikatakan tidak dirujuk ke hospital kerajaan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

    Katanya, kematian tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan enam orang maut akibat wabak terbabit selepas kes terakhir dikesan pada Ogos tahun lalu membabitkan kanak-kanak berusia 7 tahun dari Kampung Kuala, Gedong.

    Bagaimanapun mangsa keenam kes tersebut masih dirawat di HUS. – Sarawakiana

  • No Comment to " Mangsa Ketujuh Rabies Meninggal Dunia "