• Man City Pasukan Paling Mahal Di Dunia

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    PARIS – Skuad paling mahal dalam sejarah bola sepak kini menjadi Manchester City yang bernilai 878 juta euro (RM4.2 bilion), lapor AFP.

    Menurut laporan yang diterbitkan oleh agensi pemantau bola sepak CIES yang berpangkalan di Switzerland, skuad Pep Guardiola meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) di tempat kedua dengan jumlah 805 juta euro (RM3.9 bilion).

    Ia meletakkan Guardiola sebagai pengendali kelompok pemain paling mahal dalam sejarah.

    Pada jendela perpindahan bulan lalu, City berbelanja lagi apabila mendapatkan bek tengah, Aymeric Laporte dari Athletic Bilbao pada harga 65 juta euro (RM314.9 juta).

    Perpindahan termahal dunia membabitkan Neymar dari Barcelona hampir separuh daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan PSG.

    Kylian Mbappe yang dipinjamkan pula berharga 180 juta euro (RM872 juta) yang perlu dibayar kepada Monaco menjelang akhir musim ini.

    Dua pasukan lain yang membelanjakan lebih daripada 700 juta euro (RM3.4 bilion) untuk membentuk skuad mereka adalah Manchester United (RM3.6 bilion) dan Barcelona (RM3.5 bilion).

    Sementara itu, pasukan-pasukan lain yang mengisi kelompok 10 teratas ialah Real Madrid di tangga keenam, Juventus kelapan dan empat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea, Liverpool, Arsenal dan Everton.

    Kajian itu turut mengira purata kos skuad EPL yang mencatat nilai tertinggi 291 juta euro (RM1.4 bilion), jauh mengatasi kos purata skuad La Liga pada 131 juta euro (RM634.6 juta). – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Man City Pasukan Paling Mahal Di Dunia "