• Maldives Isytihar Darurat

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    MALE, MALDIVES 6 Feb. - Presiden Maldives, Abdulla Yameen mengisytiharkan perintah darurat selama 15 hari di negara ini manakala pasukan tentera lengkap bersenjata menyerbu mahkamah tinggi dan menahan bekas Presiden, Maumoon Abdul Gayoom, semalam.

    Krisis politik di negara ini semakin meruncing selepas Abdulla mengingkari perintah Mahkamah Agung supaya membebaskan sembilan ahli politik.

    Sejak mula mengambil alih pemerintahan pada 2013, kerajaan pimpinan Abdullah telah melancar banyak serbuan dan menahan hampir kesemua ahli politik pembangkang.

    Semalam, pihak polis Maldives menahan Maumoon, 80, yang juga abang tirinya kerana didakwa memihak kepada pihak pembangkang. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Maldives Isytihar Darurat "