• Malaysia Negara Hebat Tidak Akan Muflis – Salleh

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Malaysia berada dalam kategori negara ‘hebat’ dan tidak akan muflis seperti mana yang didakwa pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    “Apabila anda mendengar retorik pihak yang menentang kerajaan, anda akan mendapat gambaran bahawa Malaysia akan muflis.

    “Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan hancur.

    “Sebenarnya, ini merupakan pembohongan oleh pihak pembangkang dan apa yang berlaku sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka dakwa,” katanya menerusi catatan terbaru di laman blog sskeruak.blogspot.my.

    Menurut Salleh, unjuran pertumbuhan ekonomi global bank dunia untuk 2018 adalah 3.1 peratus iaitu 2.2 peratus untuk ekonomi maju dan 4.5 peratus untuk pasaran baru dan ekonomi negara membangun.

    Katanya, di rantau Asia Timur dan Pasifik, ramalan pertumbuhan ekonomi adalah 6.2 peratus hingga 6.4 peratus untuk China dan 5.3 peratus untuk Indonesia.

    Tambah beliau, bagi Malaysia, ramalan pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2018 adalah 5.5 peratus, jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat (2.5 peratus), United Kingdom (1.4 peratus), Jepun (1.4 peratus), Jerman (2.4 peratus), Singapura (2.5 peratus) dan sebagainya.

    Ujarnya, pertumbuhan ekonomi 2 hingga 3 peratus dianggap biasa manakala 5 peratus dan ke atas adalah dianggap hebat. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Negara Hebat Tidak Akan Muflis – Salleh "