• Malaysia Dikalangan Negara Capai Kadar Pertumbuhan Tertinggi Dunia

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia pada 2017 merupakan antara negara yang terbaik di dunia mencatat pertumbuhan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi perkongsian #Bajet 2018 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini berkata, setelah mencapai pertumbuhan 5.6% pada suku pertama, 5.8% suku kedua, 6.2% suku ketiga dan 5.9%, kerajaan menutup kadar pertumbuhan 5.9% diakhir tahun 2017.

    "Dari segi 5.9% kadar pertumbuhan tersebut merupakan antara yang tertinggi di dunia.

    "Ini termasuk kurangnya inflasi dan kurangnya rakyat yang tidak bekerja," katanya.

    Kata Najib, peningkatan tersebut mendapat perhatian dan pengikhtirafan dunia.

    "Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling kompetetif di dunia.

    "Ini mendorong peningkatan ranking dunia dari tangga 25 ke 23 dunia negara paling kompetetif," ujarnya.

    Menurut Najib, WTO turut memuji Malaysia kerana ekonomi negara ini sedang bergerak di landasan yang betul dan polisi kerajaan menunjuk keputusan yang positif.

    "Ia adalah kenyataan daripada WTO dan bukan kenyataan daripada Ketua Cawangan PPBM dan sebagainya," jelasnya lagi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Dikalangan Negara Capai Kadar Pertumbuhan Tertinggi Dunia "