• Malaysia Bukan Negara Bankrap

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Badan Penarafan Antarabangsa memberi penarafan minimum 'A' kepada Malaysia.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, di Eropah terdapat negara seperti Itali, Sepanyol dan sebagainya di beri penarafan minimum 'B'.

    "Di Asia Tenggara Malaysia dan Singapura bertaraf 'A' dan apapun jua keadaan, Malaysia tetap dikategori 'A'.

    "Kalau hendak dikatakan negara ini bankrap, secara logik akal, negara yang berada dalam kategori 'B' yang akan bankrap dulu bukannya 'A'," katanya pada sesi penerangan #Bajet2018 di UKM pagi tadi.

    Tambah Najib, tahap hutang kerajaan persekutuan sebenar diurus dengan baik dan kekal dalam kadar 55%.

    "Kini kadar tersebut telah menurun kepada paras 50.4%.

    "Dan Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," ujarnya lagi

    Menurut beliau, kalau negara ini bankrap, rakyat tidak akan melihat pembangunan terus dilaksanakan sedangkan pada masa ini pembangunan terus dilakukan di seluruh Malaysia.

    "Kita telah mentadbir urus negara ini dengan baik.

    Kita telah merangka pelbagai perancangan bagi mengukuhkan lagi keadaan ekonomi negara dengan berbagai-bagai dasar yang memberi kepantingan kepada rakyat dan negara," jelasnya lagi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Bukan Negara Bankrap "