• Majoriti Pengundi Melayu Sokong BN - Dr Penguang

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 17 February 2018
    A- A+


    MARUDI: Majoriti pengundi Melayu di Sarawak memihak kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ini, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil.

    Katanya, hanya 20 peratus daripada golongan itu dipercayai masih cenderung memihak kepada parti pembangkang pada setiap pilihan raya umum (PRU).

    Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi yakin pengundi Melayu di Sarawak akan terus memainkan peranan penting pada PRU-14.

    "Di Marudi, jumlah pengundi Melayu tidak besar. Namun, saya sebagai wakil rakyat kawasan ini tidak akan mengabaikan kepentingan dan kebajikan masyarakat Melayu di sini," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis jamuan anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, malam tadi.

    Dr Penguang berkata, semua etnik di Marudi akan mendapat bantuan dan projek pembangunan sama rata, walaupun mereka daripada kelompok yang kecil.

    "Saya akan memastikan pembangunan sama rata di Marudi seperti kawasan luar bandar lain.

    "Kerajaan BN sentiasa memastikan masyarakat luar bandar di Sarawak dapat menikmati kemajuan seperti penduduk di bandar utama negeri ini," katanya. - BH Online
  • No Comment to " Majoriti Pengundi Melayu Sokong BN - Dr Penguang "