• Lubang Sampah Cetus Trauma Anggota Bomba

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+


    SEPANG: Seorang anggota bomba dan penyelamat menempuh detik cemas dan trauma, apabila terjerlus ke dalam lubang yang dipenuhi air dan sampah, ketika melakukan operasi memadam kebakaran tapak pelupusan sampah haram dekat Teras Jernang di sini, semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Izman Adnan, berkata kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika anggotanya, Mohd Padil Mohd Eksan, sedang menarik hos untuk memadamkan kebakaran sebelum tiba-tiba terjerlus ke dalam lubang yang dipenuhi air dan sampah.

    "Beliau bernasib baik kerana kejadian itu disedari rakan setugas yang bergegas menghulurkan bantuan, menariknya keluar dari lubang terbabit dalam tempoh kira-kira tiga minit.

    "Beliau tidak mengalami kecederaan tetapi tetap trauma ekoran kejadian itu kerana ketika kejadian, pasukan kami sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tapak pelupusan haram terbabit bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran," katanya.

    Izman berkata, kebakaran di tapak pelupusan haram di kawasan seluas lebih 0.4 hektar itu sudah berlarutan selama empat hari sejak 11 Februari lalu dan 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

    "Kerja pemadaman mengambil masa yang agak lama kerana tiada bantuan jengkaut untuk membuat memadamnya secara korek, sembur dan tanam, walaupun sumber air mencukupi.

    - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Lubang Sampah Cetus Trauma Anggota Bomba "