• Lokasi Kehilangan Telefon Belum Diketahui

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan belum menerima laporan terperinci daripada pihak polis berhubung kes kehilangan telefon seorang guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, laporan berhubung perkara itu masih dalam siasatan polis dan kementerian masih menunggu hasil laporan yang menyeluruh.

    “Saya belum menerima laporan bagaimana dan di mana telefon itu didakwa hilang kerana laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

    Beliau mengulas insiden seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dari sebuah sekolah di Nibong Tebal yang dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Lokasi Kehilangan Telefon Belum Diketahui "