• Liverpool Lebih Penting

    Published: Sunday, 25 February 2018
    A- A+

    MANCHESTER - Pengurus Manchester United Jose Mourinho percaya sejarah kelabnya jauh lebih penting daripada pencapaian peribadi menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam ini.

    Mourinho menjulang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris sepanjang dua kali mengendalikan Chelsea dari 2004 hingga 2015 tetapi hubungannya dengan bekas majikannya tercalar dengan perang mulut membabitkan pengurus Chelsea Antonio Conte.

    Bagaimanapun Mourinho menegaskan pertemuan United dengan Liverpool di laman sendiri dalam tempoh dua minggu ini jauh lebih penting berdasarkan sejarah permusuhan membabitkan dua kelab paling berjaya di England.

    "Menentang Liverpool dalam tempoh beberapa minggu ini lebih penting kerana bagi kelab saya, semua orang tahu bahawa yang penting bukan saya, tetapi perlawanan menentang Liverpool membawa makna yang istimewa," kata beliau.

    "Begitulah cara saya menilai sesuatu perkara.

    "Malah untuk setiap kelab yang saya tinggalkan, baik atas keputusan sendiri atau lembaga kelab, saya sentiasa bersangka baik terhadap mereka. Saya tidak pernah menentang Inter sejak saya meninggalkan kelab itu tetapi saya pernah berdepan Porto, Real Madrid dan Chelsea, dan ia sesuatu yang bagus meskipun bukan istimewa."

    Kejayaan Liverpool membelasah West Ham 4-1 malam tadi bermakna United akan memulakan perlawanan ketinggalan satu mata di tangga ketiga. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Liverpool Lebih Penting "