• Lima Maut, 5 Cedera Insiden Tembakan Di Gereja

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    MOSCOW: Lima terbunuh manakala lima lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah yang baru keluar dari sebuah gereja hari ini, kata agensi berita Russia memetik kementerian kesihatan tempatan.

    Serangan berlaku di kampung Kizlyar di republik Dagestan yang dihuni majoriti penduduk Islam, kata agensi.

    Agensi berita Russia berkata serangan berlaku ketika sambutan Maslenitsa, cuti umum penganut Kristian menandakan hari terakhir sebelum Lent, menurut kalendar Ortodok timur.

    Penyerang itu dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 22 tahun dan berasal dari rantau ini, kata agensi berita TASS, memetik jawatankuasa penyiasatan.

    Dia ditembak mati oleh perkhidmatan keselamatan yang bertugas berdekatan, kata TASS, sambil menambah selaras senapang berburu, peluru dan pisau ditemui pada suspek.

    Laporan awal mengatakan semua lima mangsa adalah wanita, kata TASS, memetik cawangan kementerian dalam negeri tempatan.

    Mereka yang cedera termasuk dua anggota keselamatan tempatan dan dua orang awam, kata agensi berita Interfax. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lima Maut, 5 Cedera Insiden Tembakan Di Gereja "