• Letusan Besar Gunung Sinabung

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    JAKARTA - Gunung Sinabung di Sumatera Utara dilaporkan meletus lagi dengan letusan lebih besar sehingga asap dan abu letusan menjulang setinggi 5 kilometer (km).

    Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMG) Indonesia, letusan terbaharu itu berlaku pada 8.59 pagi tadi.


    Asap dan debu letusan itu dilaporkan menghala ke arah selatan dan timur tenggara Pulau Sumatera.

    Sementara itu, media tempatan melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di radius 4km dari kawah gunung itu.

    Kali terakhir gunung itu dilaporkan meletus ialah pada 27 Januari lepas. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Letusan Besar Gunung Sinabung "