• Letupan Bunga Api Cederakan 23 Orang

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk seorang anggota polis cedera akibat letupan bunga api ketika perarakan tokong besar sempena Thaipusam di Jalan Pekan Lama, Sungai Petani, pada 8.40 malam hari ini.

    Difahamkan kejadian berlaku ketika orang ramai sedang menunggu ketibaan tokong yang diarak keluar dari Kuil Sri Subramaniam Swami menuju ke Jalan Pasar, Sungai Petani.

    Menurut sumber, mercun yang dipasang itu dikatakan hanya meletup beberapa das sahaja di udara manakala bakinya meletup di atas jalan menyebabkan 23 orang yang ada berhampiran cedera termasuk seorang anggota polis.

    Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

    Difahamkan semua mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Letupan Bunga Api Cederakan 23 Orang "