• Letup Diri Luar Kedutaan AS

    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Seorang lelaki tidak dikenali bertindak nekad meletupkan dirinya selepas melontar bahan letupan ke bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam kejadian di Podgorica, ibu negara Montenegro.

    Laman portal www.portalanalitika.me melaporkan, serangan berlaku lima minit sebelum tengah malam semalam dan penduduk di kawasan itu mendengar dua bunyi letupan ketika kejadian berlaku.

    “Ada insiden berlaku,” kata seorang pegawai polis yang enggan dikenali kepada agensi.

    Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

    Seorang jurugambar agensi di Podgorica berkata, pihak polis menyekat jalan raya berhampiran lokasi kedutaan itu dan tiada kerosakan dilaporkan berlaku.

    Dalam pada itu, Kedutaan AS memberi amaran kepada rakyat mereka supaya menjauhkan diri dari kawasan itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

    “Kedutaan di Podgorica sudah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warga AS di tempat itu.

    “Mereka juga diminta mengelakkan diri dari kawasan kedutaan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan,” katanya dalam laman web kedutaan.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Letup Diri Luar Kedutaan AS "