• Lepas Nora, Giliran Gadis Trivago Pula Lahirkan Baby

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Selepas kelahiran baby Ney Ney anak pelakon Nora Danish, kini giliran baby F iaitu anak kepada pengacara televisyen, Dahlia Shazwan pula melihat dunia!

    Dahlia merupakan pengacara program HLive menerusi saluran Astro dan turut dikenali sebagai gadis Trivago kerana iklannya sebagai duta aplikasi tempahan hotel tersebut.

    Berita gembira itu telah dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly menerusi laman InstaStory miliknya.

    Baby F telah selamat dilahirkan pada pukul 3.15 pagi tadi dengan berat 2.7 kilogram.

    Selain itu, menurut portal BH Online, wad menempatkan Dahlia atau nama sebenarnya, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, kebetulan terletak bersebelahan dengan Nora Danish!

    Wah… Berjiran lah ya mereka dekat hospital tu.

    Dahlia telah membina mahligai perkahwinannya pada 23 Julai 2016 yang lalu bersama dengan pilihan hatinya, Shafiq Ismet.

    Tahniah diucapkan kepada Dahlia dan suami atas kelahiran bayi sulung mereka.

    Lepas ni giliran siapa pula selebriti tempatan yang akan melahirkan anak ya?

    Mungkin Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sedang menghitung hari untuk melahirkan puteri sulungnya pula. – MYNEWSHUB.CC/AH

    Subjects:

  • No Comment to " Lepas Nora, Giliran Gadis Trivago Pula Lahirkan Baby "