• Lepas Galah, Tapi Tertikam Sabit

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Pekerja ladang warga Indonesia maut tertusuk sabit pemotong pelepah kelapa sawit dalam kejadian di FELDA Kahang Timur, Kluang, 7 pagi hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mangsa dikenali sebagai Nuralim, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

    "Berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa dikatakan sedang memotong pelepah kelapa sawit apabila pelepah terbabit jatuh ke arahnya dan mangsa cuba mengelak.

    "Mangsa melepaskan galah terbabit dan terjatuh sebelum bilah sabit terkena perut mangsa.

    “Kejadian disedari saksi apabila mangsa meminta tolong dan mangsa sempat mencabut sabit daripada perutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lepas Galah, Tapi Tertikam Sabit "