• Lepas bunuh, bawa mayat teman wanita ke balai polis

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+
    gambar BH
    PETALING JAYA: Seorang lelaki membawa mayat teman wanitanya ke Balai Polis Damansara, di sini, selepas dikatakan membunuhnya dalam kereta di kawasan sebuah pasar raya di Kota Damansara.

    Cemburu kerana dikatakan wanita itu akan berakhwin dengan lelaki lain dipercayai motif pembunuhan.

    Lelaki terbabit menyerah diri di Balai Polis Damansara, petang tadi, dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda City, berwarna putih.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif kejadian.

    "Pada masa ini pihak polis masih mengenal pasti butiran lanjut kejadian ini termasuk mendapatkan keterangan daripada suspek lelaki terbabit.

    "Setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - BHonline

    Subjects:

  • No Comment to " Lepas bunuh, bawa mayat teman wanita ke balai polis "