• Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Terdampar Di Pantai Petanak

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+


    MUKAH: Mayat seorang lelaki tanpa identiti pengenalan diri ditemui terdampar di Pantai Petanak dekat sini lewat malam tadi.

    Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki berkenaan sekitar jam 11.30 malam.

    "Sepasukan anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian dan daripada hasil pemeriksaan keatas mayat mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan." katanya.

    Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

    Sehubungan itu, Jimmy menasihatkan orang awam yang kehilangan ahli keluarga tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dengan kadar segera.-Sarawakiana
  • No Comment to " Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Terdampar Di Pantai Petanak "