• Lelaki Tanggung Bala Akibat Paksa Wanita Bercium

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    SEBUAH video mengejutkan ramai apabila seorang lelaki dilihat meluru ke arah seorang wanita dan secara paksa telah menciumnya.

    Kejadian di platform stesen kereta api Navi Mumbai itu berlaku pada pukul 11.29 pagi, Khamis.

    Susulan itu, pasukan keselamatan perkhidmatan kereta api telah menahan lelaki berusia 43 tahun terlibat.

    Menerusi visual yang dirakam, lelaki berkenaan berlalu pergi sebaik mencium gadis yang kelihatan terkejut itu.

    Mumbai Mirror melaporkan, wanita dalam usia 20an itu sedang menunggu untuk menaiki kereta api ke Ghansoli untuk bekerja apabila dicabul lelaki berkenaan.

    Suspek dikenal pasti sebagai Naresh K Joshi.

    Twitter laman media tempatan, ANI News melaporkan mengenai penahanan lelaki berkenaan pada Jumaat.-IndiaToday/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Tanggung Bala Akibat Paksa Wanita Bercium "