• Lelaki Ini Menjual Rumahnya Tanpa Mengetahui Mendiang Isterinya Menyembunyikan ‘Sesuatu’ Sejak 1966

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Pada tahun 2014, seorang lelaki yang dikenali sebagai John Murray telah dipanggil untuk merobohkan dinding sebuah rumah empat bilik di North Phoenix, Amerika Syarikat.

    Sewaktu John Murray bersama-sama dengan pekerjanya sedang menjalankan kerja-kerja mereka, tanpa disangka-sangkakan, mereka telah terjumpa sebuah kapsul masa yang tertanam di sebalik dinding itu.

    Kapsul yang berada diletakkan di atas lantai di dalam sebuah bilik rahsia itu ditemui dalam keadaan separuh terbuka dengan isi kandungannya masih berada dalam keadaan yang tidak terusik.

    Di dalam kapsul itu, terkandung sekeping gambar keluarga lama dan sekeping surat tulisan tangan. Berdasarkan kepada maklumat yang terkandung di dalam surat itu, kapsul waktu itu telah ditanam pada 27 September 1966.

    “Kapsul waktu ini ditanam pada tanggal 27 September 1966 …” begitu isi surat yang ditulis oleh Betty Klug yang baru berusia 33 tahun ketika itu.

    Dalam surat tersebut, Betty turut menulis tentang situasi politik dan budaya pop pada ketika itu.

    “Perang Vietnam masih berlangsung. Ramai remaja lelaki memiliki rambut panjang akibat pengaruh kumpulan Beatles,” tulis Betty.

    “Lyndon Johnson merupakan presiden Amerika Syarikat. Kami berharap bahawa Parti Republik akan masih memerintah ketika saat kapsul waktu ini ditemui,” tulisnya lagi.

    Penemuan John segera menjadi berita di KPNX. stesen televisyen tersebut juga membantu kontraktor menemui penerima surat itu yang merupakan, suami Betty, Bruce Klug yang kini berusia 79 tahun.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Ini Menjual Rumahnya Tanpa Mengetahui Mendiang Isterinya Menyembunyikan ‘Sesuatu’ Sejak 1966 "