• Lelaki Bakar Duit Tunjuk Siapa Lebih Kaya

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Dua lelaki di Tianchang, China didakwa dan didenda selepas mereka membakar wang tunai dalam satu pertengkaran bagi membuktikan siapa paling kaya.

    Anhui TV melaporkan, dua lelaki itu makan di sebuah restoran pada 24 Januari lalu sebelum memutuskan untuk membakar wang tunai ketika bertengkar.

    Menurut laporan South China Morning Post, dalam rakaman video yang tular, kedua-dua lelaki itu bertengkar sebelum mula mengeluarkan wang tunai dan membakarnya.

    Seorang lelaki mencabar pesaingnya supaya membakar wang bagi membuktikan sapa lebih kaya dan mereka bersetuju sebelum mula membakar wang kertas 100 yuan (RM62).

    “Saya ingat kita akan membakar wang 500 yuan (RM310). Jika kamu tiada wang, baik kamu berhenti bercakap,” kata lelaki itu.

    Selepas video berkenaan tular, polis menjejaki kedua-dua lelaki terbabit dan mendakwa mereka kerana menghina mata wang China.

    Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu hanya dikenakan denda 1,000 yuan (RM620). – Agensi/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Bakar Duit Tunjuk Siapa Lebih Kaya "