• Leka Main Game Selama 20 Jam Jadi Lumpuh

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+


    Gara-gara leka bermain game selama lebih 20 jam di siber kafe, seorang lelaki lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah. Ia mengakibatkan paramedik terpaksa membawa lelaki itu ke hospital.

    Dalam masa yang sama, ketika dia diusung ke dalam ambulans, lelaki itu masih sempat merayu kepada kawan-kawannya untuk bermain bagi pihaknya.

    Kejadian berkenaan berlaku di China. Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak didedahkan.

    Menurut Chinese news site QQ.com, lelaki berkenaan mahu ke tandas apabila dia secara tiba-tiba menyedari bahawa bahagian bawah badannya tidak boleh bergerak.

    Lelaki itu kini di bawah pemantauan hospital.Pemainan video game menjadi isu utama di negara China kerana ia melibatkan golongan remaja. Kebanyakannya memilih untuk bermain game dan mengetepikan pengajian serta kehidupan sosial.

    Malah ketagihan kepada internet dianggap sebagai satu penyakit di China hinggakan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem pemulihan untuk membuang ketagihan berkenaan.

    Salah satu permainan paling popular di internet ialah ‘King of Glory’. Ia dimainkan dengan beberapa pemain dan dikatakan sebagai `candu’ internet.

    Permainan itu diperkenalkan pada 2015 dan telah menarik 50 juta orang untuk bermain pada satu-satu masa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Leka Main Game Selama 20 Jam Jadi Lumpuh "