• Lebih Banyak Kursus Baharu Bakal Ditawarkan GiatMara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+



    JERAI - GiatMara menyediakan kursus-kursus baharu yang disesuaikan dengan keperluan semasa bagi melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang mahir serta berkualiti.

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kursus baharu seperti kursus perkhidmatan rel keretapi berkelajuan tinggi dan teknologi pembuatan komposit aeroangkasa diwujudkan pada tahun lalu bagi memenuhi kehendak pasaran kerja semasa.

    “Kursus yang bakal diwujudkan seperti pembaikan bot di Kuala Kedah adalah bidang disesuaikan dengan keperluan berdasarkan industri di sesetengah kawasan.

    “Kursus baharu ini kita rancang bersesuaian dengan keadaan semasa yang negara kini menuju negara maju dan kita akan rangka lagi kursus-kursus yang dirasakan bersesuaian,” kata kepada pemberita selepas merasmikan GiatMara Jerai di sini hari ini.

    Yang turut hadir Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajudin Abdullah dan Pengerusi GiatMara, Datuk Azian Osman.

    Menurutnya, sehingga kini, terdapat sebanyak 667 kursus di tawarkan GiatMara seluruh negara dengan lebih 2,000 tenaga kerja mahir. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Lebih Banyak Kursus Baharu Bakal Ditawarkan GiatMara "