• Latihan Bioterorisme Di KLIA

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Jangan panik sekiranya melihat kehadiran individu bersenjata di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), esok.

    Itu adalah sebahagian daripada sesi latihan amal dan seminar amal eksploitasi bukti vektor bioterorisme.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata ia bertujuan meningkatkan kecekapan menangani isu dan ancaman bioterorisme di pintu masuk negara ini.

    Pada masa sama, katanya, ia memberi kesedaran dan meningkatkan kemahiran kritikal berkaitan biosekuriti khususnya mengesan pencetus dan penanda ancaman biologi, penyeludupan, pengumpulan serta pengangkutan bukti keterangan.

    "Malah, latihan itu dijadikan sebagai satu penanda aras dalam menyemak dan mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) jabatan dan agensi terbabit.

    "Antara jabatan terbabit ialah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

    "Latihan amal ini meliputi pelbagai elemen jabatan PDRM seperti Makmal Forensik (D10) JSJ, unit kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan selain Bahagian Antipengganas (E8)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Latihan Bioterorisme Di KLIA "