• Lapor Segera Ugutan Ah Long - TPM

    Published: Sunday, 25 February 2018
    A- A+

    KUANTAN - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu peminjam-peminjam ah long bertindak segera jika menerima ugutan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku seperti kejadian terbaharu di Kajang, Selangor semalam.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, polis sentiasa melakukan operasi bagi membendung kegiatan berkenaan namun memerlukan kerjasama daripada peminjam itu sendiri.

    "Dalam hal ini, tanpa hari tanpa operasi dan peminjam sendiri kena sedar risiko yang dihadapi jika meminjam daripada pihak tersebut.

    "Kita mohon kerjasama daripada peminjam sekiranya mereka diugut agarmaklumkan kepada polis dengan segera supaya tindakan awal boleh diambil," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang hari ini.

    Akhbar hari ini melaporkan enam sekeluarga nyaris rentung apabila rumah dua tingkat yang didiami mereka dikunci pintu dan dibakar dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi semalam di Taman Cheras Prima, Kajang, Selangor.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Lapor Segera Ugutan Ah Long - TPM "