• Lapangan Terbang Changi ‘Dipecah Masuk’ Motosikal?

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Ruang legar Lapangan Terbang Changi di Singapura semalam kecoh dengan satu kejadian pelik melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang diparkir secara selamba oleh seorang lelaki.

    Menurut laporan beberapa media tempatan, pemilik motosikal jenis Honda CB400 terbabit bertindak meletakkan kenderaannya berhampiran sebuah restoran makanan segera McDonald’s di terminal 2 lapangan terbang tersebut.

    Penunggang lelaki yang berusia 25 tahun itu dikatakan berjaya ‘pecah masuk’ setelah melepasi pelbagai kawalan ketat dan sistem keselamatan lapangan terbang yang dikenali sebagai antara paling canggih di dunia itu.

    Namun, tindakannya itu tidak lama apabila sekumpulan polis dengan bantuan beberapa anggota keselamatan lapangan terbang telah menahannya dan dipercayai, suspek mempunyai masalah mental.

    Kejadian aneh tetapi lucu yang berlaku sekitar jam 5 petang itu mujur tidak mengakibatkan apa-apa kecelakaan kepada orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

    Insiden pelik itu turut dirakam oleh seorang pengguna Facebook tempatan, ‎James Kok‎ , yang kemudian memuat naik beberapa keping gambar tersebut ke laman sosial.

    Gambar-gambar yang dirakam itu menunjukkan secara jelas nombor plat pendaftaran motosikal terbabit yang diletakkan elok secara bersebelahan dengan tangga restoran.

    Kok turut berkongsikan rakaman video pendek menunjukkan suspek yang berbaju biru dikerumuni beberapa pegawai polis di lapangan terbang moden berkenan.

    Apa yang mencetuskan persoalan kepada netizen ialah bagaimana penunggang terbabit berjaya melepasi kesemua pemeriksaan walhal Changi dikenali antara terbaik dan tercanggih dari segi kawalan keselamatan.

    “Nasib baik lelaki tu tidak mempunyai sebarang niat, kalau dia normal rasanya dah macam-macam dia hentam tahap securty airport,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lapangan Terbang Changi ‘Dipecah Masuk’ Motosikal? "