• Lapangan Terbang Baharu Tonjol Peradaban Jogjakarta

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+


    JOGJAKARTA – Gabenor Jogjakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X, mahu rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta Baharu (NYIA) di Kulon Progo menonjolkan elemen peradaban Jogyakarta, lapor agensi berita Indonesia Antara.

    “Saya harap budaya, sejarah dan tamadun di Jogjakarta akan ditampilkan dalam semangat rekaan di setiap ruang,” katanya selepas bertemu pengarah PT Angkasa Pura I di Pejabat Kepatihan pada Khamis.

    Beliau percaya bahawa elemen budaya, sejarah dan tamadun yang ada di Jogjakarta boleh diguna pakai dalam rekaan ruang lapangan terbang itu dengan menggunakan teknologi kontemporari.

    Menurut gabenor itu, tradisi tempatan atau kebijaksanaan masyarakat enam kampung yang terjejas akibat pembinaan NYIA juga boleh ditonjolkan dalam ruang lapangan terbang berkenaan.

    Sementara itu, Pengarah Presiden PT Angkasa Pura I, Faik Fahmi, berkata rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulon Progo akan terus menggunakan kebijaksanaan dan ciri-ciri tempatan yang unik di Jogjakarta.

    “Kami sedang meminta nasihat gabenor berhubung rekaan yang telah kami hasilkan, dalaman mahupun luaran. Rekaan lapangan terbang ini akan terus menggunakan kebijaksanaan tempatan,” katanya.

    NYIA dijangka beroperasi secara terhad pada April 2019. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lapangan Terbang Baharu Tonjol Peradaban Jogjakarta "