• Laman Jual Budak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+


    Kewujudan sebuah laman yang menjual kanak-kanak berdasarkan warna rambut dan mata mereka menggemparkan Mesir baru-baru ini.

    "Kami mempunyai kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur untuk dijual kepada mereka yang berminat untuk membeli atau mengambil anak angkat," menurut kenyataan di laman web tersebut yang turut menawarkan bayi baharu lahir.

    Harga mereka pula adalah berdasarkan jantina, warna kulit, keadaan kesihatan, warna mata dan rambut selain pelbagai ciri fizikal lain.

    Laman tersebut ditemui jurutera sains komputer, Ramy el Gebali selepas dia membuka halaman Facebook untuk mencari kanak-kanak hilang yang mempunyai kira-kira 1.2 juta pengikut.

    Menurut Ramy, ia bermula melalui hasil maklumat beberapa pengikutnya di bandar al-Shorouk, timur laut Kaherah yang berjaya membongkar sindiket tersebut.

    "Saya melakukan siasatan lanjut yang kemudiannya membawa kepada kegiatan jual beli kanak-kanak itu.

    "Pemilik laman web itu adalah rakyat Arab yang menetap di Belanda," jelasnya yang telah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pemerdagangan Manusia di Pejabat Peguam Mesir. - al-Arabiya

    Subjects:

  • No Comment to " Laman Jual Budak "