• Kunci Patah, Bomba Bantu Potong Gari

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Bantuan bomba terpaksa digunakan untuk memotong gari pada tangan seorang lelaki selepas kunci peralatan tersebut patah.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan untuk meminta bantuan.

    "Anggota bomba bertindak memotong gari tersebut dengan menggunakan 'grinder' sambil diperhatikan pihak polis untuk tujuan keselamatan.

    "Selepas gari dipotong, lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.-Sarawakiana



  • No Comment to " Kunci Patah, Bomba Bantu Potong Gari "