• Kontraktor Diberi Peluang Siapkan 'Projek Sakit' Akhir Tahun Ini

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    Kementerian Kesihatan memberi peluang kepada kontraktor yang menguruskan projek pembinaan Hospital Petra Jaya agar menyiapkan projek berkenaan sehingga akhir tahun ini.

    Memetik laporan The Borneo Post, projek pembinaan Hospital Petrajaya dianggap sebagai 'projek sakit' kerana telah ditangguhkan untuk tempoh yang agak lama.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, projek berkenaan memerlukan pembinaan dengan segera.

    "Walaupun projek tersebut di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), namun banyak usaha telah dibuat untuk proses pemulihan projek ini, termasuk memberi kontraktor tempoh waktu yang ditetapkan dan pada akhirnya saya diberitahu bahawa tempoh telah dilanjutkan sehingga akhir tahun ini bagi kontraktor untuk menyiapkan hospital," katanya.

    Dr Subriama menambah, disebabkan kelewatan kontraktor untuk menyiapkan projek berkenaan telah menyebabkan kesulitan kepada penduduk sekitar Kuching dan SGH juga.

    "Projek Hospital Petrajya sepatutnya siap pada Jun tahun lepas," ujarnya - Sarawakiana
  • No Comment to " Kontraktor Diberi Peluang Siapkan 'Projek Sakit' Akhir Tahun Ini "